Wednesday, July 15, 2009

Hidup dan aktifkan semula persatuan2, NGO2 melayu secara efektif dan dengan semangat juang!

Bagi orang melayu, banyak perlu dilakukan.

Antaranya orang melayu perlu kembali focus dan bergiat semula secara serious, ikhlas, semangat juang dan lillahita’ala - dalam badan2 persatuan dan NGO; atau menghidupkan-semula, mengujudkan yang baru - persatuan2 dan NGO2 dalam arena kepentingan masing2.

Dari situ kita akan mempunyai lebih banyak saluran, platform, dan juga akal, intelektualisma, feedbacks(permasalahan, perjuangan dan aspirasi) dan perspektif untuk menangani,merungkai dan mempertengahkan, melobi cadangan2 dan strategi2 tindakan kepada pimpinan melayu.

Kita ketika ini hanya berlaku passive dan reactionary terhadap perubahan dan gerak langkah kempimpinan apabila ia dicetuskan.

Kita mungkin sudah 'missed the boat' apabila kita tidak 'pro-active' atau meletak diri kita supaya mampu berlaku pro-active terhadap kempimpinan baru Datuk Seri Najib sebelum atau ketika beliau masuk ofis PM.

Ketika ini kita hanya berharap dan bertawakkal.

Berharap umpama seorang anak berharapan - ayahnya akan memimpin, mengatasi semua permasalahan dan krisis dengan kebijaksanaan ayahnya sorang. Menunggu dengan harapan dan keyakinan semata-mata.

Maka bila diwar-warkan polisi liberasi dan 1Malaysia oleh kempimpinan - kita jadi gusar, resah dan pitam.

Dalam menangani permasalahan dan krisis yang dimensinya begitu genting - adakah kita akan berlaku saperti perumpamaan anak dangan ayah tadi.

Tak boleh kah kita membantu ayah yang disayangi dan hormati itu dengan suatu semangat camaraderie? Tak kira lah hidung tak mancung, dia ayah kita!

Adakah kita telah atau akan "engaged" dengan kempipinan secara direct, aggresif (tapi hormat) dan pro-active dengan memgemukan cadangan2 strategi dan polisi secara bertulis-jelas lagi munasabah - untuk menjaga dan menuntut kepentingan kita?

Memang jelas kita belum melakukannya! Then can you blame Dato Seri Najib if his aspirations and visions is not congruent with ours?

Adalah sulit (jika tidak mustahil) bagi satu-satu badan (contoh: UMNO itu sendiri atau PM/JPM dengan berapa kerat penasihat2 ditingkat 3 atau 4, atau parti besar melayu lain saperti PAS atau DPMM) untuk membentuk satu cadangan strategi dan polisi menyeluruh untuk meliputi kepentingan semua – dari sudut agama, ekonomi, politik, pendidikan, budaya, social, dan lain-lain. Apatah lagi untuk meliputi sekaligus kepentingan dan aspirasi bangsa2 lain.

Permasalahan, aspirasi dan perpektif satu-satu aspek dan sector masyarakat perlu di’champion’kan oleh badan2 kepentingan masing2. Kerana hanya jauhari kenal dan reti mencarigali maknikamnya! Lihat masyarakat cina dengan beribu2 guild-guild dan persatuan mereka.

Maka bagi masyarakat melayu:

Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) harus mengenengahkan permasalahan, aspirasi dan perpekstif mereka bagi industry binaan.

Persatuan Pengilang Dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) harus mengenengahkan permasalahan, aspirasi dan perpekstif mereka bagi industry pengilangan dan perkhidmatan

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) perlu mengenengahkan permasalahan, aspirasi dan perpekstif mereka dalam industry bas ekspress.

Persatuan Nelayan Kebangsaan perlu mengenengahkan permasalahan, aspirasi dan perpekstif mereka dalam bidang industi perikanan.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (BUMITRA) perlu mengenengahkan permasalahan, aspirasi dan perpekstif mereka dalam pelancongan.

Dan seterusnya…

Biarlah mereka kemudian (jika perlu) majukan kehendak, malah tuntutan dan masalah mereka kepada kempimpinan melalui badan2 induk peringkat nasional saperti Dewan Perniagaan Melayu atau Dewan Pedagangan Islam, GABEM atau PERSADA. Itu pun kalau badan-badan induk ini masih berfungsi dan belum dayus lagi… entahlah! Jika enggak, kita bina Dewan baru atau lantik dewan ‘defacto‘ baru. Yang lama kita robohkan!

Dan dari situ tuntutan-tuntutan dimoderasikan, dimajukan pula kepada kempimpinan secara lebih mantap dan ‘with whatever pressure and clout they could muster’…dan seterusnya memantau sejauh mana dipertimbangkan dan diambil-kira, diambil pakai oleh kempimpinan dan pihak2 berkuasa. Kerajaan kita kan?

Kita bukan lagi hamba-hamba serf atau rakyat pacal hina zaman feudal. Kitakan tahu siapa yang berkhidmat untuk siapa?

Contoh ini boleh kita lihat dalam usaha masyarakat cina apabila mereka ketengahkan tuntutan mereka secara bersepadu kepada kerajaan. ("Joint Declaration by the Chinese Guilds and Associations of Malaysia"). Tuntutan tersebut disokongi oleh 28 Chinese Assembly Halls persatuan2 dan guild-guild. Kalau mereka tak rasa mereka ‘kuli’ lagi dan berhak menuntut (kalau lihat bahasa dan telo dalam Joint Declaration itu, mereka bukan memohon dipertimbangkan, mereka menuntut!) - kenapa mesti kita merasa kita masih rakyat pacal hina lagi.

Maka usahalah kita bukan sekadar meminta-minta permit taxi dan lori, lessen pasar malam, minta AP, minta subsidi, minta kontrak rundingan terus dan seumpamanya (saperti peminta-sedekah!)

Pendek kata bukan sekadar mintak ikan kembong dan selar kuning beberapa ekor … TAPI mintaklah joran, kapal-lautdalam, sungai, tasik dan laut sekali.

Dan pastikan kita akan terus bina masyarakat dan bangsa yang kuat! (Itu satu hal lain dan akan wajib bincang lebar masa lain!)

Saperti Tun Mahathir mengingatkan kita – usah hanya kuatkan parti – kuatkan bangsa!
Jangan menang sorak parti, tapi bangsa tergadai!

Parti politik tu cara (means) bukan matlamat (ends).

Dalam hal sama, usah megah pencapaian GLC, megahkan pencapaian bangsa. GLC bukan kita punya!

For that matter RTM, TV3 buan kita punya. TM, Celcom bukan kita punya. Tapi Maxis, Astro tu memang depa punya. MAS bukan kita punya, tapi Air Asia tu memang depa punya. PLUS bukan kita punya tapi SPRINT, KESAS tu depa punya!

Jangan megah betapa besar dana PNB kalau ianya adalah ‘in reality’ sebuah bank termurah faedahnya(interest-free) dari segi sumber kewangan bagi syarikat2 gergasi bukan melayu (dimana sebahgian besar dana itu dilaburkan). Kalau dividen semata matlamat kita, then we’re missing the point! – jika dana PNB tu tak dapat menjana perkembangan bisnes melayu; atau jika syarikat dimana dana dilabur tak memberi apa-apa bisness spin-offs kepada usahawan dan vendor melayu kecuali diboloti selamba oleh bukan melayu!

Modal main kutu kita diPNB yang tak seberapa tu pun dimanafaati gila oleh mereka.

Tapi KPI score execs-execs syarikat GLC tinggi-tinggi belaka, saperti juga pakej gaji mereka. Agenda melayu yang bukan factor KPI, entah kemana. Syok sendiri-lah mereka..kita pun sama tumpang syok, entah kenapa.

Menang sorak GLC, bangsa tergadai!

Artikel ini bukan artikel politik maka kita tak mahu tanya apa orang2 UMNO yang colonel, sarjan dan koporal dok buat? Kita tak mahu tanya tu. Kesian, dia orang belum atasi gusar, resah dan pitam sejak 2004. Bukan takde cerdik pandai sana.

Itu yang dipercayai kita tak boleh gembeling terlalu ramai intelligentsia dan pendekar melayu sebok-sebok dalam parti – ramai jadi ‘comatose’ dan ‘zombie’ dengan ketaatan dan kesusilaan.

Anyway, masalah2 logistic dan pecemaran alam yang dihadapi para nelayan, masalah2 unilateral EOT dan keberengsekan JKR203 yang dihadapi para kontraktor2, masalah kekurangan dana untuk capacity building para pengilang – mana orang politik nak faham secara halus – maka perlulah persatuan2 mereka memperjuangkan sendiri.

Insya allah belum terlambat lagi, nasi belum jadi bubur (harap-haraplah!)

Jom kita gerakkan dewan, persatuan dan NGO!

No comments:

Post a Comment